Photobucket

Thursday, July 29, 2010

2-tier Choc Moist Cake...& Hantaran Cake with Basket Weave Design

Kek Perkahwinan (2-tier Wedding Cake) ni ditempah oleh Mija. Trima kasih Mija...Mija sukakan kek ni...Kek Coklat Moist dgn topping Choc Ganache....tapi Mija nak 2kg je kek ni...jadi akak buatlah yg bawah 9" dan atas 6" aje. Hiasannya simple sahaja. Memula Mija cakap tema majlis warna pink-putih...last minit call bgtahu white-gold pulak...ermmm barang dah beli...mcmana ya?...takpalah Mija, akak buatlah apa yg patut...nasib baik cukup ngam2 je bunga putih tu...tambah reben gold sikit...tak sampai ati nak hampakan majlis Mija...kawin sekali je kan? Biarla sesempurna mungkin dan puas hati....
Tier atas...
Tier bawah.



Kek ni untuk hantaran drpd Mija kepada pihak lelaki...Kek di dalam...kek span coklat...hiasan kek bercorak bakul sekeliling...akak gunakan jugakla bunga2 pink yg dah terbeli...takpe kan Mija? Mija nak kotak hiasan sekali...

Monday, July 26, 2010

Sarong Samarinda Untuk Anda......@---{------



Salam...kepada pelanggan yang dihormati dan dimuliakan, sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini ada tawaran hebat menanti anda. Tawaran tersebut berupa hadiah sehelai Kain Pelekat Samarinda sekiranya anda menempah kek (jenis apa pun tak pa) dengan harganya mestilah melebihi RM50 dan ke atas. Rebutlah peluang ini sementara stok masih ada hehehe...Terhad kepada, sehelai untuk seorang pelanggan sahaja.

Sunday, July 25, 2010

Cuppies ....Cakes & Pop Cakes...

Pop Cakes Black Koko oder drpd Ayeen...rakan sekursusan masa kat Uni dulu hehehe...thanks Ayeen...jauh2 pun oder jugak ye...(Ayeen ni dok di Bangi nun!) harap2 sampai dalam keadaan baik dan tiada kecederaan...
Kek Choc Moist ni saya buat untuk makan2 di rumah mak...sementelah ramai ipar duai dan biras beras sekalian balik ke kampung, saya pun buatla kek ni bagi meraikan Hari Lahir Mak....sebenarnya ni kali kedua saya buat kek besdey mak tahun ni....minggu sebelumnya dah buat dah (yg steamed buttercream frosting tu). Kebetulan malam tu mak buat kenduri makan2 sikit adik beradik...dah kena dah la tu. Hmmm...niat di hati nak buat Tiramisu Cake, tapi masa tak mengizinkan kerana byk oder kena siapkan ujung minggu tu...yang cepatnya kek coklat ni lah! Kepada adik2 biras yang nak makan Tiramisu hari tu, akak mintak maap banyak2 ye...lain kali balik kita belasah Tiramisu pulak hehehe...
Cuppies order drpd Siti Fauziah...25 bijik bertemakan French Garden, inspirasi drpd blog rakan baking di http://ilovecuppacakes.com .
Choc Moist Birthday Cake No.9 ni order dr Kak Ina...

Kak Ina order 2 bijik Choc Moist utk Birthday Ikmal..."ramai nak makan ni" katanya hehhe...

Thursday, July 22, 2010

Birthday Cake No.5...


Kek No.5 ni utk Nur Najwa Addina...order drpd Mama Sha...Thank you very very much ye Sha! Sha order - kek No.5 ni, Pop Kek, Bear Cookies dan Cupcake Vanilla utk majlis hari lahir anak kesayangannya. Harap Majlis berjalan lancar.
Ok cerita kek No.5 ni...beratnya lebih 4kg dengan saiz 10.5" x 17".Kek pulak mcm biasa lah...Sha oder kek kegemaran, Choc Moist. Waa...besarla pulak kek nya...ada nak muat peti ais nih? Alhamdulillah muat rupanya peti Sha hehhee...kalau tak kena la bwk balik mai simpan kat umah akak ye...Bukan apa...kek bertukar tgn hari Khamis lagi...Majlis pulak hari Sabtu. Takut jugak kalau2 kek rosak. Anak Sha ni suka kaler purple jadi kita buatkan hiasan kaler purple campur2 skit kaler pink supaya ada seri skit. Nak letak tema apa pulak ye? Tema jewellery - Dina suka gelang, rantai dan sewaktu dengannya, anak mama la katakan hehehe...Jadi kita buatkan model Tiara (yg kaler pink ada love tu kalau anda prasan...), Rantai, Cincin dan Kayu Sakti .....terfikir pulak kenapa saya buat kayu sakti? Hmm....kekonon mcm cerita fairytale la...hehehe...harap2 Dina suka dgn kek ni.
Pop Kek 100 batang. Jenuh bercinta jugakla akak sepanjang malam menggentel, mencelup, menabur manik dan membungkus yang ni sorang2 huhuhu...
Bear Cookies 20 keping untuk hadiah kepada kawan2 Dina kat sekolah.
Ingatkan dah habis cukup oder...rupanya ada lagi!...Cupcake Vanila 100 bijik utk majlis tahlil...Alhamdulillah sempat siapkan semuanya.

Sunday, July 18, 2010

Happy Birthday Mak...

Kek birthday utk ibu mertuaku...walaupun belum sampai tarikhnya kami sambut lebih awal sebab takut tak sempat balik minggu depan atau tak sempat buat kek hehehe...Kek ni frostingnya steamed buttercream...Untuk kek yg kelihatan seperti fondant tapi bukan fondant dan boleh dimakan ...kita gunakan steamed buttercream.

Saya ambil petua dan cara2 membuatnya drpd site Kak Min www.bakingproject.com

Resepi buttercream mana2 pun boleh digunakan. Asalkan jangan ada telur. Panaskan air dlm periuk...kemudian isi buttercream sebanyak mana yg diperlukan utk sebijik kek (guna lebih drpd biasa) dalam bekas plastik. Letak bekas plastik tu atas air panas tadi sekejap2 sambil kacau buttercream dgn laju...(jgn beri peluang buttercream mencair). Ulang proses hinggalah buttercream boleh mengalir sekiranya di siram atas kek. Cepat2 siram atas kek yg dah disapu nipis dgn buttercream dan disejukkan terlebih dahulu dlm peti sejuk. Goyang2kan kek supaya buttercream jatuh dengan cantik kebawah dan menutupi seluruh kek. (Sebelum itu kek hendaklah di potong bahagian tepi atas utk menjadikan bucunya tidak tajam dan buttercream akan mudah mengalir kebawah). Boleh la kalau nak cuba buat sendiri.

Wednesday, July 14, 2010

Go Go Green!

Green Green Grass By The River....oh tapi ini Green Green Flower On The Cake heheheh....oder drpd Hanim...short notice neh..nasib mlm tu takdak oder lain...so bulehla trima oder Hanim ni...Kalau buleh tlg oder awal seminggu ye...takut lambat2 tak sempat!...Hanim nak kek yg tema hijau sebijik mcm Kek K Salwa...Trima kasih banyak2 ye...Hanim ni salah seorang loyal customer saya....

Sunday, July 11, 2010

Kek Hantaran Lagi...

Kek span perisa vanila dgn hiasan Buttercream ni oder drpd K Salwa lagi...mekasih K.Salwa! K Salwa nakkan tema yg sama mcm kek purple putih hari tu tapi kali ni nak soft green pulak katanya.

Thursday, July 8, 2010

Kek Coklat Lagi...Dengan deco bunga


Order ni daripada pejabat Ena...semoga majlis berjalan dengan baik dan kawan2 puashati dengan kek ni...reorder adalah sangat2 dialu-alukan...skali lagi Ena...terima kasih!

Sunday, July 4, 2010

Kek Hantaran & Sugar Cookies...

Kek Choc Moist dengan Fondant Icing...

Kek Hantaran Pertunangan sedara Kak Salwa...Kek span vanilla dan hiasan buttercream.

Sugar Cookies...dengan model skali hehehe...