Sunday, October 31, 2010

Edible Image Thomas & Friends...


Kek Choc Moist 2kg ni tempahan Mas, Citibank. Time kasih ya, Mas. Sorry gambaq lambat upload ada masalah teknikal. Gambar ni ambik dengan HP aje tu lah kalernya kureng menyerlah skit.

Thursday, October 28, 2010

For Your Graduation! Congrats!

Tempahan Kakcik Faizah, Telekom Butterworth. Kek Coklat Moist untuk graduasi adik tersayang, Fadzilah, merangkap sahabatku jua hehehe...Tahniah Ilah! dah dapat MBA....daku jugak yg terkulat2 membuat kek hehehehe....Tahniah!Tahniah! dan Tahniah!
Err....sorry kak, wording nak lari ke kanan...silap budget ruang ler...

Untuk pelanggan2ku yang nak pacak lilin kat atas kek dia, silalah request ye...sebab Birthday cake saya memang tak didatangkan dengan lilin unless requested. Jadi tolonglah beritahu sedari awal ya...thanks!

Wednesday, October 27, 2010

Lagi Edible Image Cake...


Kek Butter perisa vanilla dengan edible image Barbie ini tempahan cikgu Khairolniza, Sg Acheh.
Terima kasih.
Blueberry Cake ini dibuat untuk makan2 kat rumah...memang sedap! Sebab guna fresh cream.

Thursday, October 21, 2010

Dapatkan SUSU KAMBING HIGOAT anda di sini...

Assalamu'alaikum....

Kepada pelanggan yang dihormati,

Selain daripada pelbagai jenis kek yang lazat, sekiranya anda tercari2 nutrisi tambahan untuk menambah kalsium dan protein dalam diet anda, anda bolehlah mencuba SUSU KAMBING HIGOAT keluaran HR Marketing Sdn Bhd.

Susu kambing dalam bentuk serbuk ini didatangkan dalam bentuk sachet 21 gm. Jualan dalam sekotak mengandungi 15 sachet. Harga tidak mahal dan berbaloi...cuma RM36.60 sahaja. TIADA GULA TAMBAHAN DAN TIDAK BERBAU KAMBING.

MENGAPA PILIH SUSU KAMBING?

1- Susu terbaik selepas susu ibu

2-
Tidak menyebabkan alahan

3-
Kuatkan sistem imunisasi

4-
Bersifat alkali (mengurangkan asid berlebihan dalamperut)

5-
Tingkatkan daya kepekaaan, tumpuan dan ingatan

6-
Lancarkan sistem penghadaman dan usus

7-
Membantu mengubati kanser, demam kuning, gastrik, ulser, asma(lelah), penyakit kulit dan sukar tidur

8-
Membantu merawat sengugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout

9-
Imbangi gula dalam darah dan kolestrol

10-
Menguatkan jisim tubuh yang sihat(tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf

11-
Memulihkan tenaga batin

12-Awet muda

13- Pilihan terbaik sebagai gantian susu lembu (bagi yg alah laktosa - susu kambing tidak menyebabkan anda kembung perut atau perut memulas).


SIAPA PATUT MINUM SUSU HIGOAT INI?

- Ibu mengandung / menyusu
- Ahli Sukan
- Kanak-kanak
- Warga Tua
- Pelajar
- Penderita Penyakit
- Orang Sihat

Kepada anda yg berminat utk mendapatkan susu kambing ini sila sms atau call saya, Ina 013-4302775 atau Hafez 019-4715002.

CUBALAH SENDIRI, ANDA PASTI SUKAKANNYA LEBIH DRPD YANG ANDA SANGKAKAN!


Thursday, October 14, 2010

Kek Hantaran Fondant


Kek Fondant ni tempahan Sarah dari Perlis (jauh tu...) terharu akak ...jauh2 pun oder jugak ye...Sarah nak kek ni utk hantaran kahwin adiknya...di dalamnya kek choc moist dgn krim coklat. Fondant pulak kali ni akak guna Snow Ice perisa vanilla...bau pun sedap dan wangi...rasanya tak brapa manis kalau banding dgn buatan sendiri (yg pastinya ia HALAL). Baunya saja dah buatkan kita rasa nak makan je...selalunya org tak mkn la fondant tu...tapi yg ini mesti ada yg nak rasa makan! Awas ye kurangkan gula dlm pemgambilan harian anda. Oh! akak rasa bunga yg kat tepi kek tu patut dikurangkan kuantitinya...nampak agak sarat dgn kek yg saiz 6" saje. Tapi disebabkan rasa sayang nak cabut2 bunga yg dah digubah siap tu..maka akak pun letakla jugak sebolehnya bunga tu...patut ada gold dust tapi stock pulak dah abis kat kedai....jadi akak gantikanlah dengan reben gold...ok tak Sarah? Memula ingatkan nak letak bunga sekuntum2 ikut contoh yg diberi...tp tuannya nak bunga gubah pulak...maka ini lah dia kek yg ditempah itu....Terima kasih bebanyak ye Sarah...moga berpuashati.

Monday, October 11, 2010

Kek No. 1 & Tintin

Kek Choc Moist order drpd Khursiah & Annisa....tarikh lahir hari yg sama 10/10...so safe lah kan! Thanks utk second order ni...
Ini pulak kek butter plain untuk Ayahanda Khursiah & Annisa tercinta...harap2 dah potong la kek ni...takut ada tumbuhan yg muncul nanti hehehe...


Kek No.1 ni tempahan Mija untuk birthday anaknya yg berumur 1 tahun...