Photobucket

Sunday, July 18, 2010

Happy Birthday Mak...

Kek birthday utk ibu mertuaku...walaupun belum sampai tarikhnya kami sambut lebih awal sebab takut tak sempat balik minggu depan atau tak sempat buat kek hehehe...Kek ni frostingnya steamed buttercream...Untuk kek yg kelihatan seperti fondant tapi bukan fondant dan boleh dimakan ...kita gunakan steamed buttercream.

Saya ambil petua dan cara2 membuatnya drpd site Kak Min www.bakingproject.com

Resepi buttercream mana2 pun boleh digunakan. Asalkan jangan ada telur. Panaskan air dlm periuk...kemudian isi buttercream sebanyak mana yg diperlukan utk sebijik kek (guna lebih drpd biasa) dalam bekas plastik. Letak bekas plastik tu atas air panas tadi sekejap2 sambil kacau buttercream dgn laju...(jgn beri peluang buttercream mencair). Ulang proses hinggalah buttercream boleh mengalir sekiranya di siram atas kek. Cepat2 siram atas kek yg dah disapu nipis dgn buttercream dan disejukkan terlebih dahulu dlm peti sejuk. Goyang2kan kek supaya buttercream jatuh dengan cantik kebawah dan menutupi seluruh kek. (Sebelum itu kek hendaklah di potong bahagian tepi atas utk menjadikan bucunya tidak tajam dan buttercream akan mudah mengalir kebawah). Boleh la kalau nak cuba buat sendiri.

No comments:

Post a Comment