

Ok cerita kek No.5 ni...beratnya lebih 4kg dengan saiz 10.5" x 17".Kek pulak mcm biasa lah...Sha oder kek kegemaran, Choc Moist. Waa...besarla pulak kek nya...ada nak muat peti ais nih? Alhamdulillah muat rupanya peti Sha hehhee...kalau tak kena la bwk balik mai simpan kat umah akak ye...Bukan apa...kek bertukar tgn hari Khamis lagi...Majlis pulak hari Sabtu. Takut jugak kalau2 kek rosak. Anak Sha ni suka kaler purple jadi kita buatkan hiasan kaler purple campur2 skit kaler pink supaya ada seri skit. Nak letak tema apa pulak ye? Tema jewellery - Dina suka gelang, rantai dan sewaktu dengannya, anak mama la katakan hehehe...Jadi kita buatkan model Tiara (yg kaler pink ada love tu kalau anda prasan...), Rantai, Cincin dan Kayu Sakti .....terfikir pulak kenapa saya buat kayu sakti? Hmm....kekonon mcm cerita fairytale la...hehehe...harap2 Dina suka dgn kek ni.



No comments:
Post a Comment