Photobucket

Tuesday, November 24, 2009

Kek Fondant & Edible Image



Kek Choc Moist dengan fondant frosting ni request daripada Kak Sham (Kawan Kak Lia, Kulim). Terima KAsih Kak Sham & Kak Lia ye...Harga Kek ni RM110 sahaja.


HAPPY BIRTHDAY FATEH!....Kek Coklat Moist dengan Edible Image Ben10 yg di'imposed' wajah Fateh...."Fateh Ben10"...Harga kek ni RM52.

Tuesday, November 17, 2009

Pandan Layer Cake...

Pandan Layer Cake...sedap dimakan sejuk (bukan beku ye....hehehe)...resepi yang tak berapa manis ....I likee...lapisan kastad pandan and kek span...

CMC with Choc Curls & Butter Cake

Kek Coklat Moist dengan Coklat Parut ni memang diminati oleh Kak Midah. Setiap kali birthday anak2 dia, mesti dia oder kek ni...kek yang sama. Dia kata anak2 dia suka sangat makan kek yang ada coklat parut all over nih hehehe...mekasih Kak Midah kerana memberi sokongan...Harga kek ni RM37 (1kg).

Ahaaa...! Kek Butter perisa Vanilla ni pulak kegemaran Hanim. Hanim nak bawak pi ofis untuk jamu kawan2. Kawan2 cakap sedap! Thanks Hanim!....Hanim tak suka coklat, jadi kita buat kek yang tak boh coklat.... So inilah dia...kek butter dengan hiasan buttercream perisa Vanilla. Harga kek hanya RM30 sahaja.

Pandangan sisi kek butter perisa vanilla Hanim.
Here is my Chocolate Indulgence Cake...cita2 nak buat mcm Secret Recipe Choc Indulgence Cake tapi tidak sama rasanya...but of course habis licin jugak dikerjakan oleh para peminat kek coklat di rumah and opis. Untuk substitute SR bolehla pasai harga Choc Indulgence saya lebih murah RM55 sahaja sebiji.

Monday, November 16, 2009

Cuppies ni hadiah akhir tahun Lynn Maisarah untuk Cikgu Haslina...Terima kasih, Cikgu,...Jasamu Dikenang!
Cupcakes Solo Cup Saiz 'M' dengan topping Choc Fudge dan hiasan buttercream. Minimum oder 16 biji RM35.


Cupcakes Solo cup saiz 'S' dgn topping choc fudge (choc/color rice) di tempah oleh Puan Haslina, Guru Kelas 1T, SKSD untuk Jamuan kelas . Terima kasih ye Cikgu....harap cikgu berpuashati dgn cuppies yg ditempah...

Cuppies Choc moist dgn topping choc fudge ni untuk makan2 di rumah saje. Untuk jualan harganya RM30 untuk 25 biji (topping choc fudge yang plain tanpa hiasan atau dgn choc/colour rice). Kalau ada hiasan buttercream or choc mcm yg kat atas tu harganya RM35. Minimum oder 25 biji....Solo cup saiz 's'.

Thursday, October 22, 2009

Price Update...

KEK COKLAT MOIST dengan Topping Choc Ganache (dari RM32). Untuk tambahan bunga hiasan biasa RM35 atau dengan bunga gumpaste harga dari RM40.

KEK SPAN pelbagai perisa (dengan Buttercream) - RM28. Topping Freshcream RM40.
Edible Image sila add RM20 - Sila emel foto kepada saya untuk printing 5 hari sebelum tempahan di syell2002@gmail.com. Imej sedia ada cuma tambah RM10 sahaja.

KEK BUTTER BIASA/MARBLE/PELANGI - RM15. Dengan Buttercream (dari RM30).

KEK OREN/PANDAN/PANDAN KELAPA - RM18. Dengan Buttercream (dari RM33).

KEK MENTEGA KEJU BERLEMON - RM25

PLAIN CHEESE CAKE RM30. BLUEBERRY CHEESE CAKE RM35.

CUPCAKE CHOC.MOIST (min.16 biji) dengan simple deco only - Topping Choc Ganache RM32. - Topping Buttercream RM28.

KEK FONDANTdengan hiasan Royal Icing & bunga Gumpaste bersaiz 8", 9" dan 10"x8", harga adalah dari RM110.

*HARGA KEK ADALAH BERBEZA MENGIKUT TOPPING, HIASAN, PERISA & SAIZ.
Happy Birthday Nursyaza Husna! Moga dirahmati Allah selalu...Kek Coklat Moist dengan edible image gambar Husna, request drpd En Hisham & Pn Salhaya untuk puteri kesayangan. Terima kasih...
A slice of Tiramisu Cake...So yummy...a blended taste of creamy cheese and cream and coffee...

Tiramisu Cake....Not for sale yet...just a beginning...Tapi kalau nak oder jugak saya boleh buatkan saja untuk anda....

Wednesday, October 21, 2009

Cupcakes & Trifle...

Puding Trifle yang dah dipotong ...Hidangkan sejuk (boh dlm fridge)....memang sedap!! Sesuai dihidangkan lepas lunch or dinner or minum petang...pepagi pun kalau bukak peti ais boleh tergoda selera jugak nengoknye ....


Trifle yang dah siap!...Layer tengah iaitu Custard dan Fruit Cocktail terlupa nak bergambar.....terus layer akhir iaitu Raspberry Jelly...hmmm...macam terbau2 pulak aroma Jelly tu hehehe...Saiz Trifle lebih kurang 9" Square pan (mcm gambar tu)...RM30.
Lapisan pertama Trifle - Pandan Swiss Roll...
Cupcake upclosed ...tapi blur la pulak...camera tak canggih plus camerawoman yg tak pro...!
Cupcakes coklat moist dengan topping choc ganache.....Just a simple deco RM32.00 (16pcs).

Wednesday, August 5, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Tempahan untuk kek Hari Raya boleh dibuat sekarang. Tempahan ditutup 2 minggu sebelum Raya atau jika tempahan dah penuh (whichever comes first)...Jadi jgn tunggu lagi. CAll or SMS saya k.