Photobucket

Sunday, December 11, 2011

Kedai K E K saya sudah beroperasi!

Assamu'alaikum dan salam sejahtera!

Alhamdulillah , syukur saya ke hadrat Allah subhanahuwata'ala kerana dgn izinnya "Kedai K E K"
saya sudah mula beroperasi. Bukanlah besar mana tapi cukup membuat saya rasa teruja.
Ini adalah permulaan. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kawan2, saudara mara, serta pelanggan2 yg sudi memberi sokongan kpd saya sepanjang pembabitan saya dlm perniagaan hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah...

Saya mohon maaf krn tidak sempat nak uplod gambar2 terbaru sejak sekian lama... Kalau rumah dah bersawang2 la agaknya!
Masa tidak mengizinkan. Seakannya cemburu dgn saya..... Saya bersaing dgn masa setiap hari.
Patutlah org ckp org bisnes sentiasa sibuk dan tidak ada masa!
Saya sedang melaluinya... Tapi keluarga saya tetap adalah segalanya bagi saya... Oleh itu hari AHAD saya tutup kedai! Sabtu buka sekerat hari atau by request saja. Ada yg ckp rugi tutup hari Ahad sebab hari cutilah org nak dtg kedai... Memang betul begitu...tetapi bg saya tak mengapalah... Kalau ada rezqi saya, Insya Allah.... Tak ke mana. Saya yakin dgn bantuan Allah. Dan Allah bersama saya....
Oh! Sudah jauh melencong pulak tulisan saya...hehe
Bagi yg ingin melihat contoh2 kek hantaran perkahwinan dsbgnya boleh klik pada facebook badge saya.... Request friends...
Boleh berhubung dgn saya melalui FB krn sy online 24hrs. Bukanlah tak tidur ye...!
Mesej saya, Insya Allah saya akan reply secepat mungkin. Atau anda yg tinggal dekat boleh dtg sendiri ke kedai utk bincang berkenaan kek yg ingin ditempah.
Akhir kata , semoga hari2 anda sentiasa ceria dan dirahmati Allah Swt.
Salam hormat dari saya!


1 comment:

  1. salam..akak nak paki pekerja x??sy minat sgt buat kek..tp xda asas..mungkin boleh jd pekerja sambil belajar^-6

    ReplyDelete