Photobucket

Tuesday, November 24, 2009

Kek Fondant & Edible Image



Kek Choc Moist dengan fondant frosting ni request daripada Kak Sham (Kawan Kak Lia, Kulim). Terima KAsih Kak Sham & Kak Lia ye...Harga Kek ni RM110 sahaja.


HAPPY BIRTHDAY FATEH!....Kek Coklat Moist dengan Edible Image Ben10 yg di'imposed' wajah Fateh...."Fateh Ben10"...Harga kek ni RM52.

Tuesday, November 17, 2009

Pandan Layer Cake...

Pandan Layer Cake...sedap dimakan sejuk (bukan beku ye....hehehe)...resepi yang tak berapa manis ....I likee...lapisan kastad pandan and kek span...

CMC with Choc Curls & Butter Cake

Kek Coklat Moist dengan Coklat Parut ni memang diminati oleh Kak Midah. Setiap kali birthday anak2 dia, mesti dia oder kek ni...kek yang sama. Dia kata anak2 dia suka sangat makan kek yang ada coklat parut all over nih hehehe...mekasih Kak Midah kerana memberi sokongan...Harga kek ni RM37 (1kg).

Ahaaa...! Kek Butter perisa Vanilla ni pulak kegemaran Hanim. Hanim nak bawak pi ofis untuk jamu kawan2. Kawan2 cakap sedap! Thanks Hanim!....Hanim tak suka coklat, jadi kita buat kek yang tak boh coklat.... So inilah dia...kek butter dengan hiasan buttercream perisa Vanilla. Harga kek hanya RM30 sahaja.

Pandangan sisi kek butter perisa vanilla Hanim.
Here is my Chocolate Indulgence Cake...cita2 nak buat mcm Secret Recipe Choc Indulgence Cake tapi tidak sama rasanya...but of course habis licin jugak dikerjakan oleh para peminat kek coklat di rumah and opis. Untuk substitute SR bolehla pasai harga Choc Indulgence saya lebih murah RM55 sahaja sebiji.

Monday, November 16, 2009

Cuppies ni hadiah akhir tahun Lynn Maisarah untuk Cikgu Haslina...Terima kasih, Cikgu,...Jasamu Dikenang!
Cupcakes Solo Cup Saiz 'M' dengan topping Choc Fudge dan hiasan buttercream. Minimum oder 16 biji RM35.


Cupcakes Solo cup saiz 'S' dgn topping choc fudge (choc/color rice) di tempah oleh Puan Haslina, Guru Kelas 1T, SKSD untuk Jamuan kelas . Terima kasih ye Cikgu....harap cikgu berpuashati dgn cuppies yg ditempah...

Cuppies Choc moist dgn topping choc fudge ni untuk makan2 di rumah saje. Untuk jualan harganya RM30 untuk 25 biji (topping choc fudge yang plain tanpa hiasan atau dgn choc/colour rice). Kalau ada hiasan buttercream or choc mcm yg kat atas tu harganya RM35. Minimum oder 25 biji....Solo cup saiz 's'.